Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.
Pola ayat inti
Dalam bahasa Melayu, terdapat empat pola ayat inti:
|
Frasa Nama + Frasa Nama
Contoh:
| Subjek | Predikat |
|---|---|
| guru. jiran. mamalia. buku. |
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang agak meluas berasal khususnya daripada mereka yang bersikap keinggerisan. Mereka menganggap bahawa perkataan "seorang", "sebuah", dan sebagainya harus disisipkan untuk mewakili artikel a dan an dalam bahasa Inggeris. Umpamanya, ayat (1) di atas dianggap tidak lengkap jika tidak ditulis sebagai "Ali seorang guru". Yang lebih bersikap keinggerisan menganggap ayat yang betul-betul sempurna ialah: "Ali ialah seorang guru." Mereka menganggap "ialah" sebagai terjemahan kopula seperti is dan are dalam bahasa Inggeris. Jadi timbullah anggapan yang salah bahawa sesuatu ayat itu tidak sempurna jika tiadanya "ialah" ataupun "adalah".Walau bagaimanapun, perkataan "adalah" boleh disisipkan dalam ayat jika seseorang hendak menegaskan maksud, umpamanya:
- Ali adalah guru.
- Kucing adalah mamalia.
- Adakah Ali guru?
- Adakah kucing mamalia?
Frasa Nama + Frasa Kerja
Contoh:
| Subjek | Predikat |
|---|---|
| berdiri. menulis rencana. menangkap tikus. membuka kilang. |
Predikat ayat inti untuk pola ini dapat diperluas dengan menggunakan kata bantu yang terbahagi dua:
- kata bantu aspek: akan, belum, masih, sedang, sudah, telah;
- kata bantu modaliti: boleh, dapat.
Kesalahan yang biasa berlaku
Kata kerja transitif
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan kata kerja transitif tanpa objek.| Salah | Betul |
|---|---|
| Syarikat itu membuka di Pulau Pinang. | Syarikat itu membuka kilang di Pulau Pinang. |
| Kami membincangkan tentang masalah itu. | Kami membincangkan masalah itu. |
Kata kerja intransitif
Satu kesalahan lagi ialah penggunaan kata kerja intransitif tanpa diikuti oleh kata sendi apabila predikat diperluas.| Salah | Betul |
|---|---|
| Saya sedar perkara itu. | Saya sedar akan perkara itu. |
| Dia masih ingat kejadian itu. | Dia masih ingat akan kejadian itu. |
Frasa Nama + Frasa Adjektif
Contoh:
| Subjek | Predikat |
|---|---|
| bijak. lapar. garang. tajam. |
Predikat ayat pola ini dapat dluaskan dengan menggunakan kata penguat yang terbahagi tiga:
- penguat depan: begitu
- penguat belakang: sekali, betul
- penguat bebas: sangat
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan kata penguat secara berlebihan:| Salah | Betul |
|---|---|
| Dia begitu bijak sekali. | Dia begitu bijak. Dia bijak sekali. |
| Anjing itu sangat garang betul. | Anjing itu sangat garang. Anjing itu garang betul. |
Frasa Nama + Frasa Sendi
Contoh:
| Subjek | Predikat |
|---|---|
| ke Kuala Lumpur. di sekolah. di rumah. untuk adik. |
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku ialah anggapan bahawa frasa sendi tidak boleh berdiri sendiri tanpa kata kerja. Contohnya, ada orang yang beranggapan bahawa:- ayat (1) mesti ditulis: Saya pergi ke Kuala Lumpur; atau
- ayat (4) mesti ditulis: Buku ini dibeli untuk adik.