Ayat Seru
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram, sakit, dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului loeh kata seru atau tidak. Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas, dan sebagainya.
Contoh ayat:
1. Jangan lawan aku. Buat sahaja apa yang disuruh!
2. Cis, penderhaka rupanya lelaki itu!
3. Aduh, sakitnya!